|
ORGANISASI DAERAH
Merry Chrismas
 MERRY CHRISTMAS BERSAMA MEMBASMI DADAH
STATISTIK
GREETING
LAIN-LAIN
|
| PENGUMUMAN
|
|
| GALERI GAMBAR
|
|
| UCAPAN KETUA PEGAWAI
˙·٠•●❤ Berterima kasihlah pd org yg telah MELUKAI hatimu krn dia telah membuat hatimu kuat.Berterima kasihlah pd org yg telah MEMBOHONGImu krn dia membuat hidupmu makin bijaksana.Berterima kasihlah pd org yg telah MEMBENCImu krn dia yg mengasah ketegaranmu.Dan berterima kasihlah pd orang yg telah MENYAYANGImu krn itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..❤●•٠·En Mohd Izahid Bin Khailani Ketua Pegawai AADK Daerah Sepang |
|
| Aktiviti : PROGRAM INSTITUSI KELUARGA BEBAS DADAH AADK DAERAH SEPANG “ FAMILY ON ALERT ” |
| Posted by admin on 2011/12/9 11:48:22 (19 reads) |
PROGRAM INSTITUSI KELUARGA BEBAS DADAH AADK DAERAH SEPANG “ FAMILY ON ALERT ” PENGENALAN: Isu dadah merupakan satu masalah yang telah diisytiharkan sebagai musuh nombor satu Negara kerana menjadi ancaman ke atas keselamatan keluarga, instutsi pendidikan, keluarga dan komuniti. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan, termasuk menetapkan Dasar Dadah Negara bagi menghapuskan permintaan dan bekalan dadah. Dasar ini merangkumi keseluruhan usaha kerajaan ke arah melahirkan masyarakat bebas dadah. Strategi utama dalam menangani permasalahan dadah dari terus mengancam masyarakat dan Negara adalah pencegahan. Situasi paling penting adalah pencegahan seharusnya bermula di rumah, di mana ibu bapa memainkan peranan penting untuk membimbing anak-anak agar faham tentang bahaya dan akibat penyalahgunaan dadah.
|
|
| Aktiviti : PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH (SEKTOR AWAM) |
| Posted by admin on 2011/12/7 13:33:12 (20 reads) |
PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH (SEKTOR AWAM) PEJABAT – PEJABAT KERAJAAN DAERAH SEPANG Mengikut statistik Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan BIO-NADI, antara 70-80 peratus golongan belia berada di tempat kerja dan kumpulan umur yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah pula ialah antara 18-40 tahun, umur yang produktif bagi sebuah tempat kerja Penyalahgunaan dadah di tempat kerja mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan, kerosakan harta benda dan menjejaskan imej organisasi.Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk menganjurkan program pencegahan di tempat kerja selaras dengan Surat Pekeliling Am Bil 1 Tahun 1985 (JPM) dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1989 (JPA) difahami dan dipatuhi. |
|
| Aktiviti : PROGRAM PLKN |
| Posted by admin on 2011/12/7 12:17:34 (14 reads) |
Program PLKN Siri 1 ini telah diadakan serentak di seluruh Malaysia pada 8 Mac 2011 (Selasa). Bagi Program di Kem Princess Haliza Sepang, jumlah pelatih yang terlibat adalah seramai 435 orang. Program bermula seawal jam 8.00 pagi di mana pelatih telah dikumpulkan untuk mendengar taklimat daripada jurulatih dan Ketua Pegawai AADK Daerah Sepang.
Tepat pada jam 8.30 pagi, pelatih telah bergerak ke kumpulan masing-masing mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Bagi kem ini, sebanyak 8 kumpulan pelatih telah dibahagikan, dengan satu kumpulan terdiri daripada lebih kurang 68 orang pelatih. Daripada kumpulan tersebut, pelatih dipecahkan lagi mengikut empat kumpulan kecil bagi memudahkan lagi aktiviti di laksanakan. Ketua kumpulan bagi setiap kumpulan kecil ini dilantik bagi memudahkan lagi aktiviti mereka.
|
|
|
| Aktiviti : KOMUNITI BEBAS DADAH MASYARAKAT WANITA ANTIDADAH (MAWADAH) “WANITA UNTUK WANITA” |
| Posted by admin on 2011/12/7 15:24:00 (12 reads) |
KOMUNITI BEBAS DADAH MASYARAKAT WANITA ANTIDADAH (MAWADAH) “WANITA UNTUK WANITA”
PENGENALAN: 1) Malaysia telah mensasarkan untuk mencapai matlamat bebas dadah pada tahun 2015. Untuk membolehkan matlamat ini dicapai, pelbagai perancangan strategik telah dirangka termasuklah dengan memberi pendedahan, mendidik, menggerak dan mengekalkan penyertaan masyarakat sivil dalam usaha untuk menangani masalah nombor satu Negara ini.
2) Masalah penagihan dadah bukan sahaja boleh membawa masalah kepada diri sendiri, malah boleh menjejaskan keharmonian keluarga dan merosakkan nilai tradisi masyarakat seterusnya mendedahkan Negara kepada aktiviti pengedaran dan penjualan dadah secara berleluasa.
3) Sehubungan dengan itu, masalah penagihan dadah mestilah ditangani secara bersepadu dan melibatkan semua lapisan masyarakat. Penglibatan wanita akan memberi kesan yang sangat signifikan dalam usaha membanteras masalah dadah terutamanya di peringkat pencegahan awalan.
|
|
| Aktiviti : PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH (SEKTOR PENGANGKUTAN) MALAYSIA AIRPORT HOLDINGS BHD (MAHB) |
| Posted by admin on 2011/12/7 12:55:03 (17 reads) |
PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH (SEKTOR PENGANGKUTAN) MALAYSIA AIRPORT HOLDINGS BHD (MAHB)
Mengikut statistik Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan BIO-NADI, antara 70-80 peratus golongan belia berada dim tempat kerja dan kumpulan umur yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah pula ialah antara 18-40 tahun, umur yang produktif bagi sebuah tempat kerja.
Penyalahgunaan dadah di tempat kerja mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan, kerosakan harta benda dan menjejaskan imej organisasi.Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk menganjurkan program pencegahan di tempat kerja selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja.
TAJUK PROGRAM : “ Think Health, Not Drugs ”
TARIKH : 21 Jun 2011 ( Selasa )
MASA : 9.00 pagi – 5.00 petang
TEMPAT : Sekolah Kejuruteraan, Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airports Holdings Berhad
PERASMI : Penolong Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Selangor
OBJEKTIF :
1) Memberi pengetahuan mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada majikan dan pekerja.
2) Mendidik majikan dan pekerja mengenai pencegahan penyalahgunaan dadah.
3)Memberi kemahiran mengurus masalah penyalahgunaan dadah di tempat kerja kepada majikan dan menyediakan program pemulihan yang berkesan.
4) Mencegah penyalahgunaan dadah di tempat kerja serta mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat
|
|
|
|
Search
HUBUNGI KAMI
 Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sepang Kementerian Dalam Negeri No. 4 - 4C, Jalan 2, Medan 120 Bandar Baru Salak Tinggi 43900 Sepang Selangor Darul Ehsan
PETA
 Daerah Sepang terletak di selatan negeri Selangor dan bersempadan dengan Negeri Sembilan.Sepang mempunyai keluasan 56,150 hektar dan merupakan negeri terkecil di negeri Selangor. Daerah ini terbahagi kepada empat mukim iaitu Mukim Sepang, Mukim Dengkil,Mukim Labu dan Mukim Putrajaya dengan jumlah penduduk 133,900 orang.
|
|